SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) sedang mengkaji cadangan untuk memberikan permit sementara kepada orang ramai yang ingin menjalankan perniagaan trak makanan bersempena musim perayaan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Tujuan Am dan Khidmat Masyarakat MPS Donna Petrus Ngelai berkata ini terbuka kepada sesiapa yang mempunyai kenderaan berdaftar yang diluluskan penggunaannya di jalan raya.
"Ia tidak semestinya sebuah trak. Mereka boleh menggunakan kereta atau kenderaan pacuan empat roda yang dihiasi secara kreatif untuk menarik pelanggan. Kami melihat kemungkinan untuk mengadakannya di Bazar Tahun Baharu Cina, Pesta Kebudayaan Borneo (BCF), bazar Gawai Dayak dan sebagainya," jelasnya kepada pemberita selepas mesyuarat penuh MPS di sini pada Rabu.
Idea itu timbul selepas lawatan sambil belajar ahli-ahli majlis ke Pesta Bunga Api di Pattaya, Thailand baru-baru ini.
"Bagaimanapun, saya difahamkan ia tidak akan memenuhi spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pihak majlis akan berbincang dengan JPJ sama ada perniagaan sementara semasa perayaan boleh dibenarkan," katanya.
Menurut Donna terdapat kurang daripada 10 trak makanan berlesen di Sibu yang telah diluluskan oleh JPJ dan Puspakom.
"Kami menggalakkan lebih ramai anak muda untuk terlibat dalam perniagaan ini. Pihak majlis bersedia untuk meluluskan permohonan mereka untuk berniaga di mana-mana tempat yang ditetapkan di bandar Sibu. Bagaimanapun, kenderaan mereka mesti mendapat kelulusan JPJ dan Puspakom sebagai trak makanan," jelas beliau.
Donna berkata perniagaan trak makanan mampu menarik lebih ramai pengunjung ke satu-satu festival yang diadakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Donna berkata ini terbuka kepada sesiapa yang mempunyai kenderaan berdaftar yang diluluskan penggunaannya di jalan raya. - Foto Majlis Perbandaran Sibu
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
Jajaran Seksyen 7 WCE siap Mac 2026 - Nanta
Pembinaan Jajaran Tanjong Karang-Assam Jawa di Seksyen 7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) telah mencapai tahap 71 peratus, dan dijanga siap pada Mac 2026.
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas.
Masalah bekalan air bersih di Marang selesai dengan pojek naik taraf dua tangki
Abdul Karim berkata dua projek yang menelan belanja sebanyak RM60 juta itu telah siap dan beroperasi 15 Mac lepas.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Sindiket tawar pinjaman jerat mangsa di musim perayaan
Menjanjikan tawaran pinjaman dengan kadar faedah rendah selain kelulusan segera antara taktik digunakan sindiket penipuan pinjaman menjelang musim perayaan ketika ini.
Bahaya beraya sakan tetapi tidak rancang perbelanjaan awal – Pakar
Kurangkan aktiviti melawat media sosial kerana apa yang penting ialah jangan lihat kemampuan dan juga kebolehan orang lain!
Sentimen pengguna masih rendah menjelang musim perayaan, kata AmInvestments
Sentimen pengguna kekal rendah walaupun menjelang musim perayaan dan cuti sekolah yang pendek selepas pengguna terus berhati-hati dalam perbelanjaan susulan ketidaktentuan makroekonomi.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.